Search

Suka saya nasihatkan kepada saudara seagama saya k...

  • Share this:

Suka saya nasihatkan kepada saudara seagama saya khususnya para Muslimah agar berfikir sebelum upload gambar anda di media sosial.
.
Islam memuliakan & menjaga kemuliaan wanita. Memang hak anda untuk buat apa yang anda suka dan memang anda boleh berkata kenapa tidak didik sahaja lelaki untuk jaga pandangan dan bantahan demi bantahan boleh dikemukakan tetapi satu sahaja persoalan saya,
.
‘Apakah lebih mudah mengawal orang lain atau mengawal diri kita?’
.
Sukar kita mengawal apa yang orang lain boleh buat tetapi anda boleh mengehadkan apa yang orang lain boleh buat dengan gambar anda. Kita terbaca bagaimana gambar wanita digunakan laman web lucah & disalahgunakan dengan pelbagai caption di media sosial. Apakah anda mahu menjadi mangsa seterusnya?
.
Wahai ayah, wahai suami, wahai abang & adik, nasihati wanita kerana anda pemimpin & pembimbing. Ramai lelaki yang sakit mental di luar sana. Jangan bila gambar disalahgunakan barulah kita nak menyesal dan sebagainya.
.
Nasihat dari seorang saudara seagama.


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts